Bahasa Melayu translation.
MINUMAN PELANGSINGAN SEMULA JADI
Jika anda mahukan badan yang langsing dan ramping tetapi masih ingin menikmati
makanan yang lazat, anda tidak perlu runsing kerana Kopi B-Fit mampu membantu! Kopi B-Fit diperbuat daripada serat bermutu
tinggi dari Jepun. Ia juga mengandungi ektrat Beras Red Yeast dan L-Carnitine. Kesemua bahan ini boleh membantu anda membakar
lemak secara lebih berkesan dan secara langsung membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah dan berkesan. Produk ini
adalah selamat dan berkesan, walaupun tanpa diet dan senaman, anda mampu memiliki tubuh yang sihat dan langsing.
4 Fungsi utama: Penyahtoksidan, Menguruskan & Merampingkan, Mengetatkan Otot dan Menguatkan tubuh.
MENGANDUNGI:
Protin Wei, Isolate protein, Beras Yis Merah, Serbuk Beet Merah, Serat Larut, Fruktos, Ekstrak Biji
Anggur, Teh Hijau, Ling Zhi, L-Carnitine,
SERAT LARUT
Serat larut terdapat dalam sayur-sayuran. Serat larut yang telah ditambah ke dalam Kopi B FIT ini
adalah serat semulajadi yang terbaik. Serat larut ini akan terlarut di dalam perut, dan boleh menghasilkan satu rasa
kekenyangan dan menambah kepekatan kandungan dalam perut, mempercepatkan ia melalui usus besar, dan demikian mengurangkan
risiko sembelit dan mungkin mengurangkan risiko kanser sistem penghadaman. Serat larut patut diambil oleh lebih
ramai orang untuk keperluan nutrisi seimbang, mengawal kandungan gula dan paras kolesterol dalam badan kita.
L-CARNITINE
L-Carnitine sebenarnya adalah sejenis vitamin pemakanan dan berkait rapat dengan vitamin B(B1). Peranan
utama L-Carnitine adalah bagi membakar lemak dan meningkatkan keimunan badan. L Carnitine memainkan peranan penting sebagai ejen
kitar semula dalam badan manusia. Ia mengangkut lemak berlebihan kepada untuk sel-sel pembakaran lemak. Tanpa L-Carnitine,
lebihan lemak tidak dapat diangkut dan tidak akan dibakar tidak kira walaupun anda mengamalkan diet serta senaman.
L Carnitine membantu metabolisme dan dapat menghasilkan tenaga serta menambah kekuatan fizikal.
TEH HIJAU
Menurut satu laporan bercetak oleh satu persatuan kesihatan di New York; teh hijau boleh menyahtoksik sistem
badan kita dan boleh menghalang kanser. Ia juga adalah agen antioksidan yang jauh lebih berkesan daripada vitamin
C dan E.
Teh hijau juga boleh mengawal tekanan darah tinggi, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan jumlah kolesterol yang
baik (HDL) di dalam badan kita.
SERBUK BEET MERAH
Serbuk Beet merah telah terbukti kaya dengan asid folik, karbohidrat, protein, fosforus, natrium, magnesium, kalsium
dan kalium. Ia juga tinggi dalam serat, vitamin A, vitamin C, niasin dan biotin. Zat besi dalam Beet Merah juga terbukti lebih
mudah untuk diasimilasikan berbanding lain-lain bentuk zat besi buatan manusia. Asid folik di dalam Beet Merah juga
terbukti dapat memerangi barah paru-paru. Ia juga berkesan dalam mencegah serangan jantung.
BERAS YIS MERAH
Beras yis merah adalah satu makanan tambahan semula jadi yang boleh mengurangkan jumlah paras kolesterol. Ia telah
digunakan oleh orang Cina sejak Dinasti Tang dan di Jepun ia telah dipertimbangkan sebagai Makan Tambahan Bermutu Tinggi.
Kajian daripada sebuah universiti di California pada lebih daripada 1000 orang pesakit tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol
tinggi, mendapati pesakit-pesakit yang mengambil beras yis merah selama 8 minggu mendapati paras kolesterol mereka berkurangan
sebanyak 32% dan tanpa sebarangan kesan sampingan.
EKSTRAK BIJI ANGGUR
Anggur mengandungi glukosa berkualiti tinggi, protin, lemak, multivitamin (A,B , B2 , B12)
dan mineral-mineral lain. Ekstrak biji anggur mengandungi oligomeric proanthocyanidins (OPCs), sejenis flavonoids (sebatian-sebatian
larut air) dan berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membinasa radikal bebas. Anggur menyekat enzim-enzim yang
kemungkinan berbahaya dan adalah berguna untuk keradangan perut, hepatitis kronik, serta untuk meningkatkan peredaran darah.
LINGZHI
Maharaja Cina zaman kuno mengambil cendawan Lingzhi sebagai makanan penting dan lazim dalam diet mereka,
menyebabkan Lingzhi dikenali dengan nama jolokan "makanan maharaja". Lingzhi boleh menghalang tekanan darah tinggi, penyakit-penyakit
jantung dan mengawal paras kolesterol. Di Jepun, ia telah diterima dengan meluas dan digunakan untuk rawatan kanser.